Sahabat-Rakan-Geng-Kawan dan seangkatan dengannya..bagi aku satu istilah yg sama. Ade orang kata, sahabat lagi rapat dari rakan/kawan, Eh, yer ke? Entah. Benda ni sama je bagi aku. How you create it, itu yg jadi maknanya lain. Sepanjang kehidupan aku, boleh di bilang dengan jari sahaja berape kerat jer kawan sekepala aku. Bukan nak kata aku memilih, oh...tidakk...aku bukan jenis memilih. Aku boleh kawan jer dengan sesiapa. No hal at all.
Geng dating aku yg paling rapat, mestilah Abah aku. Hehe..boleh dikatakan, dari aku kecik sampai ler sekarang...merajuk, marah, bosan..semuanya 'geng' baik aku ni kenal. Hebat tak? Yerlah, aku ni kepala angin jugak kekadang....kepala angin aku pun, takut totap no 1. Hormat sebenarnya. Abah aku ni cool orangnya. Nak ajak bergurau pun no hal. Bukan muka serius pun. Aku ni pulak, jenis suka bawak geng-geng datang rumah or kenalkan pada Abah aku. Sampai Abah aku boleh kenal siapa geng kaki lepak aku. Btw, he's my hero. Yang menjaga makan pakai aku, sakit aku, demam aku, hal pendidikan aku. Disebabkan arwah emak meninggal time aku kecik2, so, Abah ler everything. Pagi2 dah bangun, sediakan sarapan aku. Before tidur, mesti Abah tanya aku nak makan apa pagi tu. Disebabkan rumah aku time tu takde heater, dan aku pulak jenis kalau air sejuk...mulalah lambat nak mandi and lambatlah ke sekolah....Abah panaskan air dan campurkan air panas tu dalam sebaldi air sejuk. Balik dari sekolah, makanan dah tersedia. Abah aku pandai masak tau! And he can manage his timetable dengan jayanya. Yerlah, pagi hantar aku ke sekolah, petang ambil aku (on his lunch hour), pergi semula ke kerja, petang balik, malam masak or bawak aku pergi kedai makan, Kadang kalau hari minggu, mulalah aku merungut nak keluar jejalan...hee..dating dengan Abah okeh! Malam, Abah tolong gosokkan baju sekolah. So, he's da best! Kadang kami boleh bergelak sakan sebab cerita cina yg lawak. Boleh dikatakan, kalau aku bosan tengok cerita sesorang, mulalah aku pancing Abah aku suruh join. Mula-mula Abah buat muka bosan, lama-lama....Abah yang tergelak sama. Dalam perangai humors Abah aku tu, kalau Abah marah, aku yg paling takut...Marah tu takdelah sampai rotan aku, tapi jelingan and kata-kata pedasnya tu...pergh...Sebab tu kalau orang lain attack aku dengan macam-macam perkataan, aku kebal. No hal. But not my Abah. Sekejap je Abah ckp 'pedas', aku boleh menangis. Ececeh. Sampailah sekarang, kadang kalau Abah nampak muka bosan aku, Abah mulalah pancing aku pergi breakfast dengan dia. Mulalah dalam kereta bergosip sakan. And that's why, time Abah kena didiagnosis heart attack, aku sampai menangis sakan dalam telefon. Sebab time duk terbaring pun, Abah still tanya hal sekolah aku. Hal Abang aku yg duk Jepun time tu. Sedih time tu tak leh nak kata...Dalam banyak-banyak orang, i love his smile. Sebab tu kalau aku bad mood, Abah aku senyum jer...chewahhh...boleh cair okeh! Muah kat Abah!
Okeh, next geng. Cerita lain hal 'geng'. Korang pernah tak, dengar orang lain ckp, "Eh, jangan kawan dengan si polan, penipu". Aku hal tipu tak tipu, tolak tepi. Dipendekkan cerita, time aku belajar, kebetulan time tu duit dah kering, Abah pun masukkan beberapa ratus dalam akaun. Aku pulak, jenis buat keluar duit sekaligus...nak dijadikan cerita, nasib tak menyebelahi aku time tu...duit aku tercicir entah dimana. Kad bank satu lagi pula problems. Nak keluarkan duit dari bank camno. Sedih dowh. Dalam poket ada rm5 jer, Sedih yg amat, Nak mintak dengan Abah? No way! Aku taknak susahkan hati Abah aku. Kepala aku dah berpusing dengan nak beli barang assignments, nak makan lagi...macam-macam hal. Takkan nak mintak dengan roommates kot..Diaorang pun student macam aku. Kena faham situasi tu. Masing-masing pun kering. Diaorang boleh jer tolong, tapi aku berat hati. So, aku pun contact somebody ni, mintak tolong rm50. Sebab aku nak pergi bandar, nak keluarkan duit dari bank lain. Padahal aku akan bayar on da spot lepas aku keluarkan duit dari bank satu lagi tu. Dia sesenang hati cakap 'tak boleh'. Time tu, hati dah galau. Yerlah, dia bukan student, ada kerja yg gajinya boleh tahan. And aku bayar on dat day gak. Cumanya aku nak pinjam buat tambang taxi nak pergi bandar. Sedih time tu tak usah nak cakap. Last2, aku contact yg orang cakap si 'penipu' ni. Terus dia bagi aku pinjam...no hal at all. So, dari segi apa kita nak cop orang tu jahat or whatever kalau dia ada hati budi yg baik macam tu? Kemonlah..setiap manusia ni, ada benda baik yg diaorang akan buat. Si penipu, takkan 100% kehidupan dia menipu. Manalah tahu, walaupun dia menipu, dia beri makan kucing-kucing terbiar ke..hape ke..ko hado?
Disebabkan tu, aku jenis takde hal nak kawan dengan sesiapa. Even ada orang mintak tolong online..contoh kawan dalam Facebook ke...Walaupun rupa tak kenal, cakap telefon pun tak...aku tetap akan sedaya upaya tolong diaorang. Sebabnya..bagi aku, tak salah kita nak tolong orang and jadikan mereka 'sahabat' kalau kita berkemampuan lakukan apa yg mereka minta tolong tu. Cumanya, don't cross da line. That's all. Simple bukan?
-THE END-
No comments:
Post a Comment
Terima Kasih daun keladi, Harap2 komen baik2 lagi~