Thursday, May 14, 2015

Aku Yang Alahan Habuk!



Uikh...berhabuk,..ACHOOMMMM!! (terbersin la pulop).
Tetibe jer mai idea about this. Okey, disebabkan aku ni makin dewasa (chewah!), aku rasa aku mengalami alahan habuk yg boleh dikatakan agak teruk. Ada yg kata aku resdung..erkk...entah..sebabnya aku fikir, alahan habuk dan resdung ni same jer kot..orang yg ada resdung, mesti selalu bersin. Tapi salah satu nak tahu resdung ke idak, makan seafood jer mesti muka gatal2, tapi aku ni xder lah kot mcm tu setakat ini. Cumanya, aku mmg sangat sensitip pasai habuk.

Disebabkan aku dah mengalami alahan habuk ni, kehidupan aku 180 darjah berubah. Aku akan cuba sedaya upaya nak atasi masalah ni. Let's cekidot mcm mana aku nak atasi masalah aku ni (ada org baca ker...krikk..krikk..krikk..).

1. Tengok suasana bilik dulu. Cadar dan selimut memang kena sentiasa bertukor. Contoh, selama ni aku akan tukor cadar dan selimut seminggu sekali. Tapi disebabkan alahan aku ni, aku akan tukor cadar dan selimut selang 3-5 hari sekali. Sekadar kerap yang boleh. DIWAJIBKAN rajin!

2. First week, memang aku setiap hari akan vacuum bilik aku. Lebih-lebih lagi sudut2 almari. Aku akan pastikan aku lap setiap permukaan rak buku/almari. Tang ni memang aku terpaksa buat hari-hari. Second week, beransur slow...dua or tiga hari sekali. Ingat aku saja2 nak vacuum hari2 tempat sama?!. Sebabnya, aku tak nak habuk2 menebal dalam bilik. Lama2, kureng ah habuk tu. Cumanya, seminggu sekali vacuum/sapu bilik tu.

3. Lap cermin tingkap bilik. Ini memang kena buat. Bagi aku, walaupun hanya cermin tingkap, aku akan pastikan habuk tu tak banyak sangat melekat pada cermin tingkap. Erkk...

4. Kalau boleh, sila campak barang2 or pakaian lama yg takde pekdah dalam bilik tu. Menyemak.

5. Setiap pagi selepas subuh, sila buka tingkap bilik anda supaya angin sejuk dan udara bersih masuk dalam bilik. Terapi pagi tu.

6. Minum plain water sebanyak yang boleh. Paling koman pun, 1 liter sehari. Lagipun, banyak pekdah minum plain water ni.

7. Basuh muka dengan air bersih sekerap yang boleh (tanpa pencuci muka). Lebih afdal,  sila berwuduk. Time wuduk tu, niat nak kurangkan alahan tu. (Sebab aku buat macam tu).

8. Kalau yg jenis ada kereta tu, bersihkan dalaman kereta tu sekali yer. Pergi hantar cuci dalam kereta ke..hape ke...Sebab aku ni kan jenis selalu jer terbersin. So, setiap kali aku masuk kereta abah dan bonda aku ni, mula la aku bersin. Disebabkan itu, seminggu sekali aku vacuum kereta2 tu. Fuh...dan ianya berbaloi. Kereta bersih, aku pun kureng bersin lagi.

9. Lupe plak, sila tukar towel bersih 2-3 hari sekali. Kalau boleh hari2 pun takpe. Kebersihan perlu diutamakan. Chewah!

10. Lastly, sila buat white egg mask. Kurang2 pun, 2 minggu sekali. Macam takde kaitan kan? Tapi entahlah, lepas aku buat mask ni, tahap alahan habuk aku ni memang dah kureng. Ada kaitan tak? Ihiks..hik..hik..

Okays. That's all for today. Sedikit tips mengarut dari aku. Adios Amigos!

-THE END-

Monday, April 13, 2015

S.A.H.A.B.A.T


Sahabat-Rakan-Geng-Kawan dan seangkatan dengannya..bagi aku satu istilah yg sama. Ade orang kata, sahabat lagi rapat dari rakan/kawan, Eh, yer ke? Entah. Benda ni sama je bagi aku. How you create it, itu yg jadi maknanya lain. Sepanjang kehidupan aku, boleh di bilang dengan jari sahaja berape kerat jer kawan sekepala aku. Bukan nak kata aku memilih, oh...tidakk...aku bukan jenis memilih. Aku boleh kawan jer dengan sesiapa. No hal at all. 

Geng dating aku yg paling rapat, mestilah Abah aku. Hehe..boleh dikatakan, dari aku kecik sampai ler sekarang...merajuk, marah, bosan..semuanya 'geng' baik aku ni kenal. Hebat tak? Yerlah, aku ni kepala angin jugak kekadang....kepala angin aku pun, takut totap no 1. Hormat sebenarnya. Abah aku ni cool orangnya. Nak ajak bergurau pun no hal. Bukan muka serius pun. Aku ni pulak, jenis suka bawak geng-geng datang rumah or kenalkan pada Abah aku. Sampai Abah aku boleh kenal siapa geng kaki lepak aku. Btw, he's my hero. Yang menjaga makan pakai aku, sakit aku, demam aku, hal pendidikan aku. Disebabkan arwah emak meninggal time aku kecik2, so, Abah ler everything. Pagi2 dah bangun, sediakan sarapan aku. Before tidur, mesti Abah tanya aku nak makan apa pagi tu. Disebabkan rumah aku time tu takde heater, dan aku pulak jenis kalau air sejuk...mulalah lambat nak mandi and lambatlah ke sekolah....Abah panaskan air dan campurkan air panas tu dalam sebaldi air sejuk. Balik dari sekolah, makanan dah tersedia. Abah aku pandai masak tau! And he can manage his timetable dengan jayanya. Yerlah, pagi hantar aku ke sekolah, petang ambil aku (on his lunch hour), pergi semula ke kerja, petang balik, malam masak or bawak aku pergi kedai makan, Kadang kalau hari minggu, mulalah aku merungut nak keluar jejalan...hee..dating dengan Abah okeh! Malam, Abah tolong gosokkan baju sekolah. So, he's da best! Kadang kami boleh bergelak sakan sebab cerita cina yg lawak. Boleh dikatakan, kalau aku bosan tengok cerita sesorang, mulalah aku pancing Abah aku suruh join. Mula-mula Abah buat muka bosan, lama-lama....Abah yang tergelak sama. Dalam perangai humors Abah aku tu, kalau Abah marah, aku yg paling takut...Marah tu takdelah sampai rotan aku, tapi jelingan and kata-kata pedasnya tu...pergh...Sebab tu kalau orang lain attack aku dengan macam-macam perkataan, aku kebal. No hal. But not my Abah. Sekejap je Abah ckp 'pedas', aku boleh menangis. Ececeh. Sampailah sekarang, kadang kalau Abah nampak muka bosan aku, Abah mulalah pancing aku pergi breakfast dengan dia. Mulalah dalam kereta bergosip sakan. And that's why, time Abah kena didiagnosis heart attack, aku sampai menangis sakan dalam telefon. Sebab time duk terbaring pun, Abah still tanya hal sekolah aku. Hal Abang aku yg duk Jepun time tu. Sedih time tu tak leh nak kata...Dalam banyak-banyak orang, i love his smile. Sebab tu kalau aku bad mood, Abah aku senyum jer...chewahhh...boleh cair okeh! Muah kat Abah! 

Okeh, next geng. Cerita lain hal 'geng'. Korang pernah tak, dengar orang lain ckp, "Eh, jangan kawan dengan si polan, penipu". Aku hal tipu tak tipu, tolak tepi. Dipendekkan cerita, time aku belajar, kebetulan time tu duit dah kering, Abah pun masukkan beberapa ratus dalam akaun. Aku pulak, jenis buat keluar duit sekaligus...nak dijadikan cerita, nasib tak menyebelahi aku time tu...duit aku tercicir entah dimana. Kad bank satu lagi pula problems. Nak keluarkan duit dari bank camno.  Sedih dowh. Dalam poket ada rm5 jer, Sedih yg amat, Nak mintak dengan Abah? No way! Aku taknak susahkan hati Abah aku. Kepala aku dah berpusing dengan nak beli barang assignments, nak makan lagi...macam-macam hal. Takkan nak mintak dengan roommates kot..Diaorang pun student macam aku. Kena faham situasi tu. Masing-masing pun kering. Diaorang boleh jer tolong, tapi aku berat hati. So, aku pun contact somebody ni, mintak tolong rm50. Sebab aku nak pergi bandar, nak keluarkan duit dari bank lain. Padahal aku akan bayar on da spot lepas aku keluarkan duit dari bank satu lagi tu. Dia sesenang hati cakap 'tak boleh'. Time tu, hati dah galau. Yerlah, dia bukan student, ada kerja yg gajinya boleh tahan. And aku bayar on dat day gak. Cumanya aku nak pinjam buat tambang taxi nak pergi bandar. Sedih time tu tak usah nak cakap. Last2, aku contact yg orang cakap si 'penipu' ni. Terus dia bagi aku pinjam...no hal at all. So, dari segi apa kita nak cop orang tu jahat or whatever kalau dia ada hati budi yg baik macam tu? Kemonlah..setiap manusia ni, ada benda baik yg diaorang akan buat. Si penipu, takkan 100% kehidupan dia menipu. Manalah tahu, walaupun dia menipu, dia beri makan kucing-kucing terbiar ke..hape ke..ko hado? 

Disebabkan tu, aku jenis takde hal nak kawan dengan sesiapa. Even ada orang mintak tolong online..contoh kawan dalam Facebook ke...Walaupun rupa tak kenal, cakap telefon pun tak...aku tetap akan sedaya upaya tolong diaorang. Sebabnya..bagi aku, tak salah kita nak tolong orang and jadikan mereka 'sahabat' kalau kita berkemampuan lakukan apa yg mereka minta tolong tu. Cumanya, don't cross da line. That's all. Simple bukan?

-THE END-

Monday, February 16, 2015

Hakikat Seorang 'Free Hair' Macam Aku


Fuh..berhabuk..kekangan masa kah? Seorang manusia dikurniakan dgn 24jam..so...aku salah seorang yg fail about time management. Hampeh. Okey..berbalik pasai tajuk..Hurm..Tolong jgn hentam aku (macam ada orang nak baca kan?).

Sekarang..gejala 'selfie' melanda dunia. Diwajibkan berselfie sebelum membuat sesuatu perkara. Then, upload bebanyak dlm media social. Aku ni..nak dikatakan kemaruk selfie..takdelah 24jam dgn telefon. Nak bergambar? Tengok atas mood. Mungkin aku seorang kot yg cukup menyampah dgn geng selfie ni. Ampun...jangan hentam aku..haha..

First..kenapa aku cukup menyampah dgn budaya selfie..Ramai kawan-kawan aku yg bertudung litup tu..amboi..berselfie nya 24jam. Okey..Aku terima sebab tu telefon canggih mereka. No hal at all. Yang membuatkan aku loya tekak adalah....CONTOH!...Time bergambar dgn aku, tanpa meminta kebenaran aku...terus upload gambar tu dalam Facebook. Hello...Walaupun aku tak menutup aurat..tapi tolong fahami aku yg tidak gemar gambar aku diupload dalam media social. Itu hakikat yg geng2 selfie kena terima. Yes...aku memang seorang free hair. Tapi jenis aku..aku memang tak suka gambar aku diupload dalam sebarang media social. Kalau nak jugak..minta kebenaran dulu. Kalau menggeletis sangat nak upload gambar..kaburkan/crop terus gambar orang yg tak menutup aurat tu. 

Kadang-kadang aku terfikir..Jika satu hari nanti aku telah menutup aurat..Adakah aku berupaya untuk memadam semua gambar free hari aku yg kawan2 aku upload di media social sebelum ini? Maybe tak banyak macam artis2 tu..tapi seboleh2nya aku nak elak. Ada seorang sahabat aku ni...seorang sahabat yg boleh terima hakikat dia berkawan dgn orang tak semenggah macam aku ni...Dia pernah mesej aku..meminta kebenaran untuk menggunakan gambar aku dan dia untuk dibuat DP Whatsappnya..Terharu sgt dowh! Ini baru dikatakan sahabat! Thumbs up for her! 

So...moral of da story...tak kiralah kawan kamu tu menutup aurat ke, free hair ke, sexy tahap model bikini ke...Seeloknya minta kebenaran dia terlebih dahulu..Jangan main hentam kromo jer..Dapat kawan macam aku yg jenis sound jer..kang hilang kawan sorang..Huhu..

-THE END-