Thursday, December 11, 2014

Pullman Putrajaya



"Dah pernah tidur kat Pullman tak?," Mak Cik aku menyoal

"Belum lagi...," pendek jawapan aku sambil tengok pemandangan

"Yer ke? Bukan dah pernah bawak?" sekali lagi Mak Cik aku meminta kepastian

"Belum kot..sebab baru dengar jer ni...," aku memberi jawapan yakin. 

"Okay..jum try tidur sana..bila lagi nak merasa..," Heh??

*Ayat dah macam ala-ala novel


Mula2 sampai Pullman...

"Ini dah macam istana lama jer...macam istana siam pun hado...,"

Haa..macam mana aku tak ternganga...dari jauh sudahlah besar semacam jer...parking dia..macam xde orang langsung! Sudahlah kami sampai lewat..macam seram semacam jer..tapi takpe, disebabkan suasana tu cantik gilos, aku dah macam kena sihir tgk kiri kanan..Haha..Ahh..pe aku peduli pandangan orang..Kita nak nikmati pandangan cantik ni, bukan nak tgk penari bogel..

Ok fine..Bila dah tau bilik mana..Aku punyerlah macam lost..bangunan banyak2 kiri kanan tu, rupanya..semuanya bilik..Bila aku masuk jer bilik...BWAAHH!! Bilik kami design konsep Borneo.. Mak Cik aku bagitahu, Pullman ni ada 4 wings and setiap wing tu, interior bilik tu lain..Heh..havoc tak?

Info tambahan :

  • Jasmine wing - Indian design
  • Rafflesia wing - Borneo design
  • Bunga Tanjung wing - Malay design
  • Lotus wing - Chinese design
Yg best...bilik air besar gedabak..Haish..sapelah nak mandi beramai2 masuk dalam bilik air..Bilik kami mmg mengadap jam besar..so, mmg cantik giler view..tambah dgn view tasik..ku jatuh chenta di situ jugak!!

My 2cent :

  1. Hotel ni terlalu besar sampaikan aku tak tahu nak merayap kat mana. Orang lengang jer..tapi best..macam suasana kampung pun iyer jugak..
  2. Bilik : Super bersih! Setakat ni..hotel mana yg teruk kebersihan bilik yer? Soundproof bilik ni okay sgt2. 
  3. Bilik air : Part ni seronok...Memang korang boleh berhavoc dlm bilik air..! Yahoo!
  4. Breakfast : Makan? Opkos best...dgn desserts yg aku rase tak tertelan...Banyak giler makanan..Tapi aku kan jenis yg suka rasa semua, makan sikit2 and semua okay! Teruk kan aku ni. BTW, nak masuk tempat makan pulak, aku dah tak ingat, perlu guna kad or main taram sebut no bilik je. 
  5. Kalau bawak family, boleh ler bawak anak2 duk mandi di swimming pool. Jgn mandi tasik sudah. Eh..kat tasik diaorg ada 'pantai buatan'..comel okeh!
  6. Yg best sekali...time nak check-out..kami baru perasan..rupanya..satu aras tu, kami jer yg ada..dah yg mlm sebelum tu kami duk keluar tu..ape kes..tak ngeri ke..Tapi no hal ler...dun worry..relax!
*Website Pullman Hotels and Resorts : DI SINI



No comments:

Post a Comment

Terima Kasih daun keladi, Harap2 komen baik2 lagi~