Wednesday, December 17, 2014

Hujan dan Airmata. BENARKAH?


Bila hujan turun tu..mesti feeling sedih tu datang? Eh..iyer ke? Aku tengok status fb member2..semuanya..kalau hujan, mesti feeling sedih eh? Wajib ke feeling sedih kalau hujan? Siap ada tajuk lagu lagi... 'Hujan dan Airmata'. Kesian tau kat hujan tu... Ok..kita reverse benda2 tu semua..Let's make, hujan tu satu keceriaan. Ewah! Aku jer kot... 

Aku kalau hujan turun jer..feeling seronok tuh datang 5 kali ganda dari biasa. Kepala otak dah plan nak buat apa..Paling cikai pun, aku bukak payung..redah hujan..Bila baju basah..Wah! Lagi seronok! Mengalahkan budak-budak kot... It's cool okeh! 

Paling seronok time budak2 dululah kan..Saat hujan turun, tulah saat paling aku ternanti-nanti. Chewah! Salin baju...lompat tangga..Splash! Yang best, kalau hujan di rumah Tok aku. Fuh! Sedara2 sebelah rumah je, so, time hujanlah, time kami bermain sepuas hati. Bapa sepupu (mereka sepupu dgn arwah emak, so, bapa sepupulah kan?), aku pulak memang kaki mandi hujan, aku join da venture. Seronok owh! Tangkap ikan haruan..sangat besar okeh! Bila tangkap, lepas...Nasib baik tak buat goreng. Ada satu scene aku suka jugak...Kami berlumba ambil biji getah (tak tau, GOOGLE). Time bunyi je 'Pop' tu, tanda biji getah terjun turun dari pokok, so, pe lagi...Kejar ar..berlumba masuk dalam air paras pinggang sebab nak ambil biji getah. Sengal semacam jer aku dulu. 

Tapi yg tak syok, bila balik rumah Tok aku jer..Lepas main-main hujan tu...Haiyaa...Arwah mak dah menanti kat depan pintu..Dari jauh aku dah pikir...Nak kelentong macam mana yer? Wakaka...Nak tak nak, terimalah habuannya. Best. 

Okeh, citer about time kecik2 dah habis, citer time besor pulak. When da rains coming down, ewah...Okay, perangai tak senonoh aku ni time hujan, aku akan pastikan, aku minum segelas air coklat with marshmallow. Best. Hot chocolate dip dengan marshmallow. Fuh..time marshmallow mencair yg seronok lain macam tu. Mula2 aku sorang jer buat dalam bilik tu, last2, roommates aku pun join sekali. Seronok. Sambil minum, sambil fikirkan idea2 bernas yg akan keluar dari kepala otak (bernas ke?). Lepas minum, tidur! Mungkus dalam selimut! Hak3...

See...kenapa perlu berjiwang kalau hujan turun eh? Hujan turun bukan tandanya air mata pun harus mencurah-curah turun. Kalau sikit-sikit takpe, ni dah segelen keluar air mata...Itu dah mengurangkan liquids dalam badan. Apa-apa yg terjadi, just reverse it. Ok dak? 

-THE END-

Thursday, December 11, 2014

Pullman Putrajaya



"Dah pernah tidur kat Pullman tak?," Mak Cik aku menyoal

"Belum lagi...," pendek jawapan aku sambil tengok pemandangan

"Yer ke? Bukan dah pernah bawak?" sekali lagi Mak Cik aku meminta kepastian

"Belum kot..sebab baru dengar jer ni...," aku memberi jawapan yakin. 

"Okay..jum try tidur sana..bila lagi nak merasa..," Heh??

*Ayat dah macam ala-ala novel


Mula2 sampai Pullman...

"Ini dah macam istana lama jer...macam istana siam pun hado...,"

Haa..macam mana aku tak ternganga...dari jauh sudahlah besar semacam jer...parking dia..macam xde orang langsung! Sudahlah kami sampai lewat..macam seram semacam jer..tapi takpe, disebabkan suasana tu cantik gilos, aku dah macam kena sihir tgk kiri kanan..Haha..Ahh..pe aku peduli pandangan orang..Kita nak nikmati pandangan cantik ni, bukan nak tgk penari bogel..

Ok fine..Bila dah tau bilik mana..Aku punyerlah macam lost..bangunan banyak2 kiri kanan tu, rupanya..semuanya bilik..Bila aku masuk jer bilik...BWAAHH!! Bilik kami design konsep Borneo.. Mak Cik aku bagitahu, Pullman ni ada 4 wings and setiap wing tu, interior bilik tu lain..Heh..havoc tak?

Info tambahan :

  • Jasmine wing - Indian design
  • Rafflesia wing - Borneo design
  • Bunga Tanjung wing - Malay design
  • Lotus wing - Chinese design
Yg best...bilik air besar gedabak..Haish..sapelah nak mandi beramai2 masuk dalam bilik air..Bilik kami mmg mengadap jam besar..so, mmg cantik giler view..tambah dgn view tasik..ku jatuh chenta di situ jugak!!

My 2cent :

  1. Hotel ni terlalu besar sampaikan aku tak tahu nak merayap kat mana. Orang lengang jer..tapi best..macam suasana kampung pun iyer jugak..
  2. Bilik : Super bersih! Setakat ni..hotel mana yg teruk kebersihan bilik yer? Soundproof bilik ni okay sgt2. 
  3. Bilik air : Part ni seronok...Memang korang boleh berhavoc dlm bilik air..! Yahoo!
  4. Breakfast : Makan? Opkos best...dgn desserts yg aku rase tak tertelan...Banyak giler makanan..Tapi aku kan jenis yg suka rasa semua, makan sikit2 and semua okay! Teruk kan aku ni. BTW, nak masuk tempat makan pulak, aku dah tak ingat, perlu guna kad or main taram sebut no bilik je. 
  5. Kalau bawak family, boleh ler bawak anak2 duk mandi di swimming pool. Jgn mandi tasik sudah. Eh..kat tasik diaorg ada 'pantai buatan'..comel okeh!
  6. Yg best sekali...time nak check-out..kami baru perasan..rupanya..satu aras tu, kami jer yg ada..dah yg mlm sebelum tu kami duk keluar tu..ape kes..tak ngeri ke..Tapi no hal ler...dun worry..relax!
*Website Pullman Hotels and Resorts : DI SINI



Nilai Springs Resort Hotel

Gambar Ihsan Incik Google. TQ!



Okay, disebabkan aku ni suke bebenor 'melancong'..erk..bukan melancong sebenarnya..aku ni kira org takde kije..membontot ikut orang pergi meeting. Hehehe..Tp yg bestnyer..aku boleh ber'teduh' dlm hotel ke, resort ke..ape2 lah..syok tak? Haha..mestilah syok pd orang jakun macam aku ni.

Aku ni, dr dulu lagi agak bernasib baik, boleh 'feeling' duk tempat2 ni. Syukur sgt. So, boleh tak aku komen tentang tempat2 yg pernah aku pergi? Ohsem tak? Ahh...lantak..bukan org baca pun...yer dak..

Kiranya, pengalaman aku pergi tempat ni, disebabkan..mula2 ingat nak pergi Summit Hotel. Sekali, tempat parking full giler dowh! Takkan 'kami' nak parking jauh2, then, bawak beg satu bonet...Beg 'kami2' banyak tau..Satu lagi, kawasan macam tak secure...kiri kanan depan belakang, memang ada kedai makan, tp hati tu macam tak berape nak sedap. Lagipun, meeting tu di Nilai Springs, so, better tidur situ. Call punyer call, ada bilik kosong di sana. Ok fine, decide terus pergi sana.

Mula2 sampai...wargh!! Macam seram jer..yerlah...takde orang kot...parking pun, relax jer boleh parking kt area depan..Toleh kiri kanan..dalam hati aku..'Besar gak resort ni..not bad'...Camne tak not bad, tgk harga boleh tahan gak..Kalau org bduit tu, kira 'no hal' kot...Selesai check-in, receptionist tu bgtau, harga excluded breakfast..Ahh...aku fikir, lagi jimat..Aku kalau tidur, mana nak toleh jam pukul berapa. Heee...breakfast no hal..Lunch kan hado!!

Time masuk billik, WAH!! Sejuk nak mamp...kebetulan musim ujan, memang sejuk tu..tak tau nak cakap hape..Lagi satu, bilik kami, bukan karpet..tapi tiles..mane tak sejuk oii...cepat2 aku cari selipor bilik..fuh! Aircond tu, aku buat paling panas pun xde pape...kirenyer...kami duk 'tutup buka' jer aircond..

Esoknya, tengok kat tingkap...wah!! Cantik gilos view! Menghijau jer...kalau ikutkan hati, memang aku nak jer berjalan area-area tu, tapi disebabkan pabila hajat tu aku dah buat, tetibe hujan guruh semua melanda,..erk...cancle plan..tarik selimut!

Pandangan aku pada tempat ni :


  1. Parking yg sangat2 luas. So, korang boleh ler nak parking kereta dekat2 situ. Tak payah nak masuk bangunan and berpusing cari parking mcm sesetengah hotel. 
  2. Breakfast aku tak makan..so..tiada komen bab breakfast..
  3. Lunch & Dinner..yeah! Disebabkan aku ni suka makan..and aku sgt obses pasai desserts, mula2 aku sampai..aku jeling desserts dulu..fufufu...ambek satu2, try!
  4. Desserts...lidah aku boeh terima and semua kira ok..paling aku suka, dia punyer cream puff..aduhai..best tak hengat dhonia..entah berapa kali aku duk ambil..hehe..yg desserts lain tu, lebih banyak letak coklat..so, bolehlah..tp dessert mantop! (Nora bg 4 bintang!)
  5. Time lunch..mmg aku suka..kan aku ade bgtau, aku suke desserts..so, mcm makanan berat tu, aku pun telan gak! Wakaka...makanan diaorg best2 jer tau..
    Psst...'ada gak hotel besar2, tp makanan cm xbrape nak best'
  6. For Dinner, aku suka sayur goreng dia..jakun x? Entah berapa kali aku duk duduk bangun tambah sayur.. Aku ingatkan aku sorang jer macam tu, orang lain pun sama..Eh, sayur dia letak hape sampai menjilat2 lidah nih?
  7. Dinner jugak... Ada aku ambil sushi yg kecik2 tu..tapi, bagi aku, tak berapa nak ngam..Biasanya, aku ni bab makan sushi, memang aku antara org yg rakus..Sushi tu, kasi kick skit chep..*Macamlah diaorg nak baca belog tak senonoh aku ni.
  8. Owh...ada satu yg best... Aku suka lobby dia.. Cantik! Ahaa...sekali lagi jakun aku kembali menerjah..Harap camera aku time tu dah nak kiok battery, kalau tak...klik..klik..klik..
*Website Nilai Springs Resort Hotel : DI SINI

Monday, December 8, 2014

SUPERVISOR cemburu


Jealous? Cemburu? Sama jer dua ni...adik beradik, sepupu sepapat..erk... Pelik tak apabila SUPERVISOR cemburu pd orang bawah? Kes aku, SUPERVISOR lelaki...bukan perempuan. Itu yg sangat choiiiii.... Dia jeles bukan sbb kitaorg ada hubungan..please....

Ceritanya macam ni..

Sebelum aku dapat sambung belajaq, aku kebusanan tahap karma melepak dalam rumah, so, aku intai-intai cari peluang kerja..Yerlah, nak cari pengalaman. Hidup duk rumah goyang kaki, bosanlah weh!

Dipendekkan cerita, aku ajak member aku cari kerja gak. Kebetulan satu kedai ni, diaorg nak guna dua orang tenaga kerja, aku pe lagi...rembat ar peluang! Gaji belakang kire time tuh. Kedai ni, banyak cawangan..aku dgn genk ni, kena jaga kodai runcit..tp kodai runcit ni jual borong gak barang2 kecantikan..entah, multipurpose kedai ni. I OKAY SAJER. So, dgn bsemangat padu, aku buat kerja dgn ikhlas. Dlm kodai ni, ada sorang uncle, dia mcm SUPERVISOR kedailah. Mula2 aku okay sajer dgn dia..Yerlah, kata dia baik dgn AYAH BOS ak, BOS ak, ADIK BRADIK bos ak...KERJA DH BPULUH TAHUN DGN BOS ak..Celotehnyer...dari ak start masuk kerja, sampai kedai tutup!! Non-stop! 

Bab dia nak membangga diri, tak usah nak cakaplah..macam2..mengata orang? Lagi banyak! Dia ada cakap dkt aku, "Dulu ada sorang pekerja ppuan...si pendek..buat kerja tak pandai,". Amboii...suka2 hati panggil org pendek...Last2 aku tgk bini dia dtg...PENDEK JUGAK...dah tu, asal panggil orang pendek? Dia punya sembang, kalah billionaire..Ckp anak dia kerja besar2, pakai kereta mewah2..dah tu, asal kau kerja mcm ni? Erk..pelik bebenor si angkuh apabila berbicara. Lantaklah. 

Dipendekkan cerita, dia ni...HARI2 duk marah ak..sbbnya, kata dia aku suka DUDUK GOYANG KAKI. Amboi, yg aku duk mengelap, angkat2 barang, mcm2 tu..bukan kerja? Ke itu dinamanya GOYANG KAKI? Dia ni, time bos datang, buat2 sibuklah..time bos takdak, duk depan kedai, atas kerusi, goyang kaki...Pastu, duk sound2 aku depan bos. Punyalah aku annoying dgn dia ni. Sakit otak ak dibuatnya. Nak dijadikan cerita, bos aku ni pulak, suka beli makanan..yerlah, bungkus makanan..Disebabkan aku ni ada sebutir motor kapchai, bos biasanya call aku suh dtg HQ, ambil duit dgn dia and tolong belikan makanan kat dia. At the same time, bos aku belanja makanlahkan..hehehe..Kebetulan plak, aku ni kaki cari kedai makan best2, macam2 kedai aku rekomen kat bos aku, sampailah aku baik kaw2 dgn bos. Lagipun, time bos aku mintak tolong ak prgi mana2, ak xbkira sgt..

So, kiranya, sbb aku ngam dgn bos, si uncle ni mcm 'jeles' kot dgn ak. Time bos dtg kedai, dia kondem ak kaw2 dpn bos. Aku plak, xnak melawan sbb hormat pd uncle ni. So, apabila dah lama asyik kena kondem jer..hari2 plak tu..apa ko rase? Seronok? Aku bukan robot mehh nak hadam benda2 tuh semua..Satu hari tu, ada customer dtg nak beli songkok..Yerlah, tempat letak songkok tinggi melangit.. pkerja lain pulak pakai baju kurung, so, aku jerlah yg berani naik tangga and pakai seluar. Susun atur songkok pulak berterabur, tak ikut size..apa lagi, makan masa sikitlah nak dapat songkok ikut size kepala budak tu..Sbb lama skit, uncle tu dtg kat aku, sound ak depan customer...Mcm2 dia kata...malu gila beb! Then, disebabkan ak tak tahan dgn uncle ni, aku balas smula dia kata. KAW2 aku bg depan customer gak, aku sound direct jer. Mmg masa tu, semua org tdiam. Yerlah, member aku yg skali kerja dgn ak pn tkejut. Mana tak tkejutnya, dia kenal ak as a 'cool person'. Tapi hari tu, mmg ak lawan cakap uncle tu. Terus uncle tu terdiam. Sejak dari tu, dia dah xkondem ak. Time bos dtg pn, dia xkondem ak. 

Kan aku ade ckp kat atas, uncle ni cakap besaq...Yerlah, dia seorang yg pandai speaking dalam kodai tu kot....Nak dijadikan cerita, satu hari, ada tourist dtg, nak beli barang..Kitaorg ni diamlah..Yerlah, sbb dia kata dia pandai speaking..Sekali...HANCUS..tourist tu mmg langsung tak faham apa yg uncle ni cuba nak cakap. Aku time tu, nak tgelak pn hado. Member aku cuit ak, suruh aku jer yg deal. Yerlah, nak dikatakan aku pandai speaking..takdelah laju macam kereta api, tapi okaylah..Aku pun tolonglah uncle tu jawab and siap bsembang dgn tourist tuh..Uncle tu mcm tkejutlah bila aku boleh bskipping ni. Dia punyalah nak control dia punyer 'bangga' tu, dia cakap, "UNCLE SAJA CAKAP GRAMMAR BTERABUR..KOT2LAH PELANCONG TU TAK BERAPA PANDAI CAKAP OMPUTIH". Yerlah tu uncle...Padahal tourist tu dtg dr UK...bukannya dr Zimbabwe..agak2 ler nak control 'bangga' tu. 

So, ambik ikhtibar dr cerita tak sempurna aku ni. Jangan ingat diri anda sentiasa di atas, anda boleh 'kondem' org di bawah. Satu lagi, jgn ingat, org lain ni, nmpk tak semenggah jer..dia xtau pape...Masing2 ada kelebihan masing2..yer dok?

-THE END-


Saturday, December 6, 2014

Aku & Make-Up


Uikh..bila sebut jer bab 'Make-Up', aku rasa...akulah ppuan paling 'dayus' bab2 make-up ni...Seumur hidup aku, xpernah sekalipun aku make-up!! Aku ni, suka tgk org make-up..mcm letak ginculah, pakai pemerah pp lah...tp bila geng2 ak nk tlg make-up...sumpah aku org ptama yg cabut lari dulu..wakaka...Eh, bukan aku xpernah make-up, cumenye...yg 'heavy' tu tak pernah...letak bedak sudah, lepas tu..blah!! Itupun, ada org letakkan...dipaksa secara diktaktor..hohoho...Aku rasa..kalau aku ni di 'make-up', mcm melekat sutir pinggan atas muka aku ni...wohoo...sangatlah tidak selesa..

Hairan aku..macam manalah org yg selalu make-up tuh...letak bedak sana-sini atas muka, tup2 dah cun owh!! Aku ni..letak pelembap bibir jer...itupun sbb bibir aku selalu 'kering'..kalau dah okay...nokharom aku nak ringan2 tgn beli pelembap bibir tuh..

Pernahlah sekali, aku duk melepak mkn dalam restaurant, ada sekumpulan budak ppuan..aku rasa dlm lingkungan belasan tahun kot...mak oit..masing2 dah tau bmake-up..siap 'touch-up' lagi..aku ni...kalau nak 'touch-up'? Ambil oil control film tuh...zasssz...siap! Kureng 60 saat dah siap..

Ada sorang member aku, siap nak tlg 'make-up' kan aku..sbbnya dia ckp, org yg xpernah make-up ni, kalau 'make-up', jd magis...wahaha..magis mcm mane tuh..muke ak jd cm mak lampir adalah kot! 

Ada satu cerita lawak bab alat-alat solek ni...Member aku pernahlah mintak tlg aku belikan eyeliner warna hitam..Aku dgn muke konfiden, pergilah Guardian..Bila sampai jer, aku pergilah bdiri dgn angkuhnya depan brand Maybelline..Yerlah, sbb aku tgk, situ jer yg ada alat-alat solek. Bila sampai jer situ, aku totally BLUR...erkk..dalam hati ni, 'MANA SATU EYELINER?'..disebabkan aku ni tak suka buang masa lama-lama..sebelah aku, ada sorang lelaki duk tgk2 gincu..bila dia tgk aku, dia cakap nak hadiahkan pd awek dia..aku senyum jerlah..Dengan muke blur, aku tanya brader tu..'BANG, MANE SATU EYELINER YER?'..wakaka...Mase tuh, dalam hati aku..'APESAL AKU XGOOGLE OR TANYA MEMBER AKU DULU..'. Brader tu tgk pelik jer aku...dgn rendah diri, aku jawab..'SAYA TOLONG BELI KT MEMBER DAN SY TAK MAKE-UP..SBB TUH SY XKENAL EYELINER YG MANE SATU'..Brader tuh senyum2 and tunjuk kt aku mane satu eyeliner..siap bgtau ade eyeliner jenis waterproof..Aku mcm...'OOOOOOOOOO'...Cis...mcm manelah org lelaki boleh tau alat-alat solek ni, aku ni kuno habis...Pelikkah? n_n

Natural 'biut' tuh okay syg...i like natural..eh..iyer ke? Entah...akan ku pertahankan diriku dari bmake-up! Gambateh!!

-THE END-

Thursday, December 4, 2014

Antara Adat, Agama & si Mulut


Kalau sebut saja bab kahwin, aku rasa...orang Melayu lah kot paling cerewet...Jenis yg terlalu ikut adat pun tak boleh sgt..owh..sorry...bukan aku nak kondem adat Melayu..tapi kalau terlalu menyusahkan orang yang nak mendirikan masjid ni, aku rasa...tak elok sangat kot...

Okay, aku ni bukanlah terlalu bagus bab2 agama...aku seorang yg jahil bab agama...tapi...aku tengok dgn kepala mata aku sendiri...adat ni menyusahkan orang yg nak mendirikan rumah tangga. Padahal, rukun nikah ni ada 5 jer (tak silap aku). Bab majlis ni, memanglah perlu buat, tapi taklah sampai menyusahkan pengantin. Berhabis puluh ribu hanya untuk KAHWIN.

Kemonlah...aku pernah tengok dan dengar dengan telinga aku sendiri...mulut2 orang yg terlalu perfect ni kalau menghadiri majlis perkahwinan. Meh aku listkan, antara 'penyebab utama' si pengumpat nak buat modal mengumpat...

1. Kalau lauk pauk tak cukup

"Lauk tak cukup, tapi jemput ramai orang". Yes, aku pernah menghadiri majlis perkahwinan yg tak cukup lauk. Tuan rumah minta maaf pada tetamu sbb lauk tak cukup. Dengan muka kelat dan malu minta maaf pada hadirin. Aku hanya tersenyum. Tiada apa2 yg perlu risau. Relax. Chill. Pergi kedai makan, order makan kalau lapar sangat. Aku dengan selamba ambil gelas dan minum air sirap. Tiba-tiba ada seorang mak cik, cuit aku, dengan muka meluat dia berbisik, "Eh, nak sangat jemput orang ramai, tapi lauk habis. Buat malu jer,". Aku senyum. Jenis mak cik yg perlu diajar barangkali. Aku mnjawab dgn selamba, "Ala...biasalah...bukan salah tuan rumah jugak..dah tuan rumah jemput 1 kad 2 org, ni...datangnya 1 kad 10 orang...,". Muka mak cik kelat tgk aku sbb dia bwk 'selori' family dia...haha...Ahh...lantaklah..Aku jwb lg (sbb nk sakitkan hati mak cik ni), "Ni..majlis org, kita xleh nak mngata sgt, kot2 nanti, sedara mara atau anak mak cik sndri kawen, xcukup lauk...masa tu mak cik baru thu langit ni tggi rendah,"..Eh..kurang ajar ke ak jwb mcm tu? Entah. Jenis org yg suka mngata kat org ni, bg ak, kita pn kna 'hantam' dia ...baru ada akai...

2. Goodies tak 'ohsem'.

"Eleh...mcm ni jer bagi kat orang? Tak berbaloi langsung...mak bapak kerja class2..dgrnyer, pengantin kerja offshore..tp bagi kerepek jer..". Alahai...orang bg mujur! Entahlah, aku ni cukup menyampah kalau jenis org 'hebat2' ni pergi majlis orang, tapi kalau apa yg tak kena, diaorang kondem..Dah nak buat mcm mana, pengantin beri mcm ni, redha jerlah...mereka bg mujur...Kita ni, xleh nak mngata kt org wey, nnt bbalik kt diri sndiri, baru korang rasa...satu lg, ak prnh g majlis org...tuan rumah bg telur rebus...xdak plak org nk mgata, pdhal...org tuh bpangkat wey...asal xkata dpn2 muka org tu...xnk?? Yg satu majlis ak pg plak, tuan rumah beri kerepek, mulut2 si mak cik pe lg...mngata laa...amboi...sedap nooo kata kt org...pdhal, si pngantin dh beli rumah ratus2 ribu tau...anak kau??? majlis buat gah...tp rumah sebijik xdak lg!!

3. Majlis xcukup 'mewah'.

Apa ko ingat wt majlis kahwin ni, DIWAJIBKAN 7 HARI 7 MALAM? Yg ni kelakor...jenis2 org yg hebat ni, pergi majlis kureng sikit, amboi...mengatanya...mcm ko bg duit kt tuan rumah rm50k untuk wt majlis..Ada ak prgi majlis kahwin ni..yerlah...org duk kg...biasalah, bsederhana...eh..alih2, time nak balik, telinga tikus ak nih dgr, ada mulut bangkai duk kata mcm ni lebih kurang, "MAJLIS XMERIAH LANGSUNG...BUANG MASA AKU PERGI JER..", hello...dah tau buang masa, blah dr awal boleh x? Xpun, klu ko rase ko ni kaya raya, sebelum tuh lg, ko pergi kt tuan rumah, hulur cash money RM100k ke, RM200k ke...baru best...yer dak?!

Tett..anda terasa? Sbb tu, kita ni...as a manusia yg dilahirkan kt bumi ni, mengata orang ni, harus dikurangkan...yerlah...contohlah..ko mngata majlis org, tp majlis ko..?? Benda yg ko xpuas hati, simpan jer dlm hati tu...xpn, balik rumah, ambil wuduk, g mngadu kt si DIA...chill..

Kurangkan umpatan, lebihkan amal jariah..

-THE END-



Tuesday, December 2, 2014

Sedih? Ubatilah dengan SENYUMAN


Kawan : Eh, Sya pelik ah tengok akak ni..

Aku      : Awat lak? (Aku menyoal dlm slanga Kedah..)

Kawan : Yerlah...Akak tak pernah feeling sedih ke? Sya tengok akak ni, happy jer..orang lain tension, akak cool gila lah..akak ni takde problems ke?

Aku     : Siapa kata manusia yg dilahirkan di dunia ni takde masalah? Mestilah ada...aku ni berperasaan jugak tau..

Kawan   : Habis tu, kenapa akak cool jer Sya tengok. Sya pulak yg tension tgk cool akak tu.


Sedih? Kecewa? Tension? Ya..itu memang sudah lumrah alam utk seorang manusia mempunyai perasaan sebegitu. Itu salah satu conversation aku dgn roommate aku. Kadang-kadang roommates aku selalu juga soal aku...Pernah tension tak? Jawapannya, mestilah pernah. Aku manusia what!

Cumanya, nak kata aku tak pernah show my expression..pernahlah jugak kalau terlampau tension. Instead of being sad, lebih baik aku SENYUM and tak terlalu fikir masalah tersebut. Jenis aku ni, makin difikir, makin tension. Aku ni pulak, susah dowh nak keluar air mata..pelikkah?

Sebab itu, aku tak pandai pujuk2 orang kalau ade member yg sedih. Cuma bagusnya aku ni, aku jenis pendengar yg setia..(perasaan aku kah ini?).

Masing2 mempunyai cara nak luahkan perasaan mereka sendiri. Cuma, jgn terlalu bfikir masalah tersebut..fikirkan jalan penyelesaian dr bfikir kenapa masalah tsebut tjadi...jarum jam semakin bergerak ke hadapan, bukannya semakin mengundur ke belakang..

-THE END-