Friday, March 21, 2014

Manga


Wah! Manga? Hurm..koleksi aku takdelah sampai berlambak mcm dlm gambar ni. Manga ni aku beli sebab nak hilangkan tension. Pheww....best owh baca manga..dalam banyak2 cerita, aku suka 'BEAST MASTER'..seronok...baca banyak2 kali pun tak bosan. Jln cerita yg lawak.Baca 10x pun, 10x aku tergelak. 

Pernah jugaklah member2 aku complaint, kenapa aku suka manga, padahal xde pekdah pon...hurmm...bagi aku pulak, atas pemikiran atau penerimaan org2 tu ler cmne nak terima jalan cerita kartun ni. Dlm manga pun, ada la pengajaran...bukannyer takde, cuma diadaptasi dlm bentuk 'kartun', bukannya 'perkataan' yg sepoi2 bahasa gituuu...Heh, dah tu, yg ada member2 aku release tension kat pusat karaoke xpe plak, xde pon aku complaint. Relax je, yg diaorg nak kecoh awat plak aiiii?? 

Hurm, aku pulak jenis fikir positif, baru fikir negatif, so, bagi aku, setiap org ada hak nak pilih cmne diaorg nak release tension, asalkan tak menyusahkan org ramai sudah. Lainlah kalau nak release tension tu, melalak depan balai polis, itu namanya kerja giler. 

Bila ada yg bertanya..SERONOKKAH MANGA?
Jawapannya, baca sendiri dan tanya minda, nak terima ke tak cerita kartun2 nih. Hehehe....

-THE END-

Sunday, March 2, 2014

Dunia Kanak-Kanak...Dulu dan Sekarang


Bila aku godek2 gambar2 comel nih, tetibe ttengok gambar kanak2 yg sedang bermain nih. Oh, so nostalgia. Bila teringat jer perangai rakan2 aku time budak2 memang kelakar giler. Bergaduh kerana benda yg kecil, tetapi esoknyer pergi sekolah bersama juga. Time aku pergi melepak makan dgn sepupu aku, aku tgk ada budak2 dalam lingkungan darjah lima atau enam, sibuk bermain game dlm Tab. Satu meja tuh, sambil tunggu makanan, semua duk pegang telefon. Cakap pun, pasai Facebook, Twitter, Whatsapp, dan Instagram. Aku yg dengar hanya tersenyum. Sepupu aku join aku tgk family tu jugak (^.^)

Hai, tetibe teringat time aku kecik2, mana kenal erti telefon. Time bermain, lepas je balik dari mengaji, terus salin baju, panggil kawan2, setting tempat main. Kawan2 aku pulak campur lelaki perempuan, lagilah havoc kalau bermain. Ohsem giler bila group aku yg menang. Group yg kalah kena simpan alat mainan. 

Bola sepak pun aku pernah main. Itu pun dgn sepupu2 dan abang aku. Punyerlah arwah emak aku mengamuk bila dapat tahu aku main bola jugak. Seram bulu roma aku time tu. Panjat pokok kelapa rendang, pastu wt aksi tarzan kt tempat mengaji. Apa lagi, arwah ustazah aku wat relax je. Time mengadap ngaji, menggigil la sebab tak lancar nak baca, sebab time orang duk latihan mengaji, aku duk panjat pokok. 

Budak2 sekarang? Mana nak kenal keluar bermain lepas Asar. Duk dalam rumah, buka TV, Laptop dan seumpamanya. Pelik aku. Tidak bosankah? Aku kalau duduk dalam rumah, aku susun je kusyen2 kerusi, then buat mcm khemah. Mulalah riuh satu rumah bila abg2 aku kacau aku. 

Telefon zaman aku kecik2? Senang je, ambil 2 tin susu, ambil tali, buat mcm dlm gambar ni. Konon2 dah cukup hebat sbb 'telefon' kitaorg berfungsi dgn baik sekali. Bila aku tanya budak2 sekarang, diaorg boleh pulak kata permainan yg aku main dulu bosan. Bosan yer, sekali aku ajor diaorg main 'khemah2', terus teruja giler. Eh2, bosan2 sampai ajak aku main lagi. Hahaha...

Hurm, kerana permainan kanak2 ni lah, sampai sekarang hubungan aku dan rakan2 aku still ON lg. Bila jumpe je, bukak cite zaman kanak2 ribena. Punyerlah seronok bercerita. Menangis, Bergaduh dan Bertumbuk adat dalam permainan kanak2 aku dulu. Bila jumpe dgn member yg btumbuk tu, mesti kitaorg gelak2. Adoyai, rasa nak main2 lagi. Hehehe..oh, kembalilah zaman kanak2 ribena ku. (^.^)v

-THE END-