Friday, February 28, 2014

Ayah atau Pakwe?


Mak aikh! Sudah pukul berapa? Time aku duk usha2 FB, tetiba aku tengok satu post...budak2 sekolah menengah lagi, meluahkan rasa kekechewaan sbb clash dgn pakwe. Mula2 aku baca la luahan hati si dia ni. Last2, yg buat aku sakit hati, dia salahkan ayah dia sbb ayah dia suruh dia clash. Oh no, apa yg telah terjadi pd budak2 zaman sekarang? Aku rasa diaorg terlebih minum Enfagrow, sbb tuh sel2 otak berhubung elok je. 

Beza antara AYAH dan PAKWE:

1. Ayah jaga kita dari kita kecil. Pakwe? Heh, dah besor baru jumpe....
2. Ayah garang bersebab, bukan suka2 nak naik tgn pukul anak. Pakwe? Mungkin naik tgn kalau deme2 ada pakwe lain (kes cemburu nih).
3. Siapa yg tanggung dosa korang? PAKWE or AYAH?
4. Ayah mungkin tidak akan SMS/CALL korang 24jam mcm PAKWE korang (itupun kalau kredit ada) tp, diaorg akan doakan anak2 selama SEPANJANG HAYAT tanpa jemu. 
5. Pegang tangan ayah tak berdosa. Pegang tangan pakwe?
6. Time2 daftar sekolah, siapa yg beli pakaian sekolah dan bayar yuran sekolah? Pakwe kah?

Kalau ikutkan hati, banyak sebenarnya aku nak list, tp malas. Hahaha...Karang kalau aku list, bosan pulak nak baca (mcmlah ada org nak bacakan). Fikir2kanlah. Tetibe aku mcm nak tulis pasai abah aku yg sgt2 cool. Nantilah. (^.^)v

-THE END-

Novel : Pesanan Terakhir Seorang Lelaki

\

Norhayati Berahim, salah seorang penulis novel yg aku suka. Kerana novel ni, aku jatuh chenta dgn karya beliau. Kalau tanya je kaki novel/pengumpul novel, mereka akan kenal punyer. NB pun dah ada syarikat penerbitan sendiri : NB Kara. Beliau pun ada blognyer sendiri: Klik sini

Kawan aku pernah pinjam novel ni dan dia jatuh chenta jugak dgn novel ni, so, dia duk cari kat kedai2 buku, tapi dah tak dak. Tak tahulah aku, kot2 novel  ni dah tak terbit lg ke, hape ke. Tapi yg pasti, aku taram beli novel ni tahun 2006, tu pun dah cetakan ke-6. 

Komen aku tentang novel ni:

1. Jalan ceritanya tidak bosan dan smooth. 
2. Tiada watak jahat yg tahap karma macam sesetgh novel.
3. Heroinnyer, uikh, ganas giler. 
4. BEST.
5. Kertas novel ni best. Yg mcm kertas2 lama tu. So, kalau novel dah lama pun, tak heran sbb kertas tahan maki. Kalau novel kertas putih tu, mcm leceh nak jaga. 
6. Baca novel ni berkali2 pun tak bosan. Hehehe. 

-THE END-







Thursday, February 27, 2014

Hilangkan Kulat Di Almari


Uikh, kesian DOCOMODAKE jadi mangsa gambar aku. Sebab mereka adik-beradik kulat kot, sebab tu aku tampal je dalam ni. Untuk tajuk kali ni, sesuai pada sesiapa yg beli almari baru or ada almari yg tak tahan maki dengan kulat ni. Untuk kes aku pulak, aku jenis suka beli buku, so, kulat ni salah satu makhluk yg aku tak suka kalau 'beliau' singgah di rak buku aku. 

Aku pernah jugak usha2 website or tanya orang macam mana nak halau kulat ni, so, jawapan mereka, tidak tahu or ada yg syorkan aku beli spray. Aku dah cuba, boleh la tahan beberapa minggu. Lagi seronok kulat-kulat nih kalau musim hujan melanda. Pernah sekali, aku tak balik rumah sebulan, bila masuk je bilik, tengok rak buku...rasa nak bakar jer rak buku. Yerlah, banyak giler kulat keluar, padahal aku dah spray tau. 

Lagi satu, kulat ni sebenarnya tak elok untuk buku sebab nanti kulit buku rosak dan kekadang kulit buku jadi kuning. Seeloknya, elakkan kulat dari terkena buku or novel. Idea ni tercetus sebab aku dah tak tahan sangat dengan perangai si kulat, so, aku guna kaedah aku sendiri (tak tahulah dah ada orang tahu or belum).

Bahan-bahannya cuma, JOHNSON's BABY OIL dan TISU/KAIN untuk lap. Titiskan je baby oil tu atas kain/tisu, then lap pada permukaan almari. Plus, bau almari pun best. (^.^)

Sehingga hari ni, dah masuk 2 bulan, kulat tak menjelma lagi pada rak buku aku. Kalau menjelma, aku lap la semula. Yang penting, jimat wang! Selamat mencuba!

-THE END-



Wednesday, February 26, 2014

Kenapa Pagi?


Kenapa menulis di waktu pagi? Sebabnya....mestilah orang lain tak ganggu aku. Kalau petang2, seharusnya aku ada aktiviti yg merapu2. Satu lagi, menulis waktu pagi ni, nak2 time sejuk...wah!! Syok tak hengat! Dah lama sebenarnya aku nak buat blog ni, tapi masa aku cuma ada 24jam. Ceh, macamlah orang lain ada 42 jam sehari. Aku akan menulis or merapu tentang sesuatu yg betul2 aku buat or sudah buat. Macamlah idea aku mencurah-curah kan? Harap2 mencurah-curah lah yer...

-THE END-